Walaupun trend membentuk sub-unit grup sudah lama dipraktikkan oleh grup Kpop. Antara sub-unit grup dalam industri muzik Kpop ialah Orange Caramel daripada After School, Super Junior-M daripada kumpulan popular Super Junior, Trouble Maker dianggotai oleh rapper kumpulan 4Minute dan Hyun Seung (BEAST). Namun pada tahun 2013 ini...semakin ramai grup idol Kpop yang membuat debut dengan sub-unit grup.
Pada awal tahun ini, dua orang ahli kumpulan 4Minute iaitu Ga Yoon & Ji Yoon telah membuat debut sub-unit grup yang dikenali sebagai "2yoon" menerusi lagu hit "24/7". Nama "2yoon" diambil daripada nama belakang ahli kumpulan tersebut.
2yoon
Seterusnya, kumpulan yang baru ditubuhkan awal tahun 2012 yang lalu, EXID juga telah memperkenalkan sub-unit grup tersendiri. Sub grup yang dinamakan sebagai DASONI dianggotai oleh 2 orang ahli kumpulan EXID, iaitu Solji & Hani. Single debut mereka "Goodbye" baru sahaja dilancarkan. Sebelum ini, kumpulan EXID menjadi popular dengan lagu debut "Whoz That Girl".
Lagu "Gone Not Around Any Longer" nyanyian daripada Sistar19 telah beberapa kali menjuarai carta Mnet Countdown. Sistar19 merupakan sub-unit daripada kumpulan SISTAR yang diangotai oleh Hyo Lyn & Bora
Pada awal bulan Mei 2012, grup idol Kpop wanita popular, Girls' Generation (SNSD) telah membuat sub-grup yang dinamakan sebagai "TaeTiSeo".TaeTiSeo dianggotai oleh leader Taeyeon, Tiffany dan juga maknae Seohyun. Lagu "Twinkle" yang telah diangkat menjadi lagu tema untuk album baru kumpulan itu telah menjadi hit selepas beberapa hari diriliskan. Selain itu,imej yang ditampilkan juga berbeza dengan imej yang dibawa oleh SNSD sebelum ini.
Kumpulan Rainbow telah membentuk sub grup dengan membawa nama "Rainbow Pixie" bermaksud pari-pari yang suka membuat kacau. Rainbow Pixie membuat debut dengan lagu "Hoi Hoi".
.
No comments:
Post a Comment