Thursday, 21 March 2013

Alamak!! Terkena Virus KPOP la...


Sana sini org asyik cakap pasal Kpop. Ntah apa yg best pasal Kpop pun aku tak tahu. Apsal la semua org tergila-gilakan Kpop. Apa la yg best sangat drama Korea sampai kakak aku suka sangat tengok. Kalau mak aku panggil dia tak berganjak dari depan TV. Begitu hebatnya penangan Kpop! -Itulah persepsi aku masa aku form 1 (2006).
Tapi sekarang tahun 2013, tak sangka plak yg aku pun dah terjangkit dengan demam Kpop di Malaysia nie. Sebelum nie, aku lebih suka mendengar lagu daripada artis antarabangsa seperti Lady GaGa, Taylor Swift, Katy Perry dan banyak lagi.

Lagu Kpop yg pertama aku dengar adalah lagu <Sorry Sorry> drpd Super Junior. Diikuti dgn lagu hit drpd kumpulan 4Minute yg berjudul <Hot Issue>. Lagu nie memang membuatkan aku addicted. Dan selepas tue, aku mula mengenali kumpulan Kpop seperti Girls' Generation, 2NE1, BIGBANG, T-ARA dan banyak lagi. Aku paling suka sangat dengan lagu <Lovey Dovey>. Best kan lagu tue.. ^_^
Sekarang nie aku dah jadi kpopper. Sentiasa update tentang muzik Kpop yg paling latest. Walaupun suka dengar lagu Kpop, tapi aku still ambil tahu juga perkembangan industri muzik di Malaysia dan antarabangsa.






No comments:

Post a Comment