Saturday, 29 June 2013

Taubat Seorang Fanatik Kpop

Taubat Seorang Fanatik Kpop - versi novel kisah benar
(sila bookmark sebab panjang)

-----

Assalamualaikum bakal penghuni Syurga 
Kpop?Gila basi dah kan isu ni.Ada yang dekat luar tu dah meluat gila sebenarnya.Bukan isu pembedahan plastik atau kepura-puraan yang saya ingin sampaikan. Tak semua begitu.
Jika anda menghukum semua mereka yang kacak lagi cantik itu membuat pembedahan plastik, adakah anda tak percaya dengan Allah sebaik-baik Pencipta?


Saya,peminat muzik yang melibatkan mereka yang berwajah kacak lagi cantik ni sejak 2008.Tetapi maaf,sekarang saya dah tak jumpa di mana relevannya saya terus tegar meminati genre ini.
Tulisan saya ini mengarah kepada kelompok yang spesifik iaitu peminat tegar Kpop.Jika anda peminat tegar mohon teruskan membaca.Jika bukan,mohon juga.Walaupun anda peminat Justin Bieber,One Direction,Demi Lovato,The Vamps sekalipun..saya mohon anda teruskan membaca.Kerana saya tujukan kepada anda juga dan yang utama semestinya diri saya juga.

Kenapa saya kata saya mengarah kepada peminat Kpop pada mulanya?Sebab saya pernah berada dalam kelompok ini.Nah,peduli apa kan?Anda harus peduli kerana perkara yang akan saya nyatakan dibawah ini mungkin akan menyentap hati anda dan anda akan melenting.Sekali lagi saya ingatkan saya mengarah kepada kelompok yang meminati Kpop ini kerana saya pernah berada dalam kalangan anda semua.selama 5 tahun.Dari saya memasuki alam sekolah menengah sehingga saya menunggu tawaran masuk ke Universiti.Nampak tak berapa lama saya dibrainwash dengan genre ini?Hidup dalam memuji manusia lebih daripada Pencipta sendiri.

Saya mohon anda buka mata. Baca dengan tenang dahulu dan melenting kemudian.

Sekali lagi saya ingin menekankan saya tak tujukan kepada semua,hanya segelintir sahaja dan bukan niat saya untuk mengutuk peminat Kpop di luar sana dan membuka pekung fandom ini.

“Eh minah ni asal tak kutuk peminat bola yang tegar yang bertumbuk di stadium,si Hipster mahupun mereka yang gemar mengumpul barang antik tu? Obses jugak tu..”
Perlu ke saya ulang lagi saya tujukan kepada peminat Kpop kerana saya pernah berada dalam kelompok ini.Cukup dah kot saya menjelaskan perkara yang satu ini.
Kenapa saya menyatakan bahawa saya tak jumpa di mana relevan perkara ini?

Maaf jika menyinggung tetapi cuba anda buka kembali History di enjin pencarian anda.Berapa banyak isu ummah yang anda googlekan?Berapa banyak isu Syria mahupun Rohingya yang anda cari?Sirah Rasulullah habis dah baca?Ce sebut sikit tarikh lahir sahabat.Buat list dengan tarikh lahir idola kpop yang anda tahu,tarikh debut ke..tarikh comeback stage mahupun award pertama mereka.Mana banyak?Kalau sahabat yang banyak,teruskan meminati atau penuh sahaja dengan post daripada Tumblr mengenai bias anda? Lihat di saja di Twitter berapa banyak kicipan anda mengenai bias anda?Berapa banyak kicipan anda memuja bias.Lebih daripada berselawat kepada Allah dan Rasul rasanya.

Okay boleh la ubah. Daripada “Damn.Bitch.Shit,Wae so hot..Drool!” kepada “MasyaAllah.Bias aku hot.”Sekurangnya ingat Allah kan.
Ek eh.Pandai-pandai je minah ni fitnah kan?

Maaf.Saya bercakap dengan bukti dan pengalaman dari diri sendiri.
Berapa banyak kata kesat anda lemparkan sekiranya orang di luar mengutuk minat anda?Saya tahu ada teguran dan kutukan yang kasar,tak masuk akal seolah sengaja memprovokasi mereka yang meminati Kpop itu.Begitu bersemangat anda mempertahankan minat anda,satu kesetiaan yang bagus tetapi fikirkan berapa musuh yang anda sudah cari dalam kalangan umat Islam sendiri?Semangat yang diperlukan oleh Islam daripada anak muda untuk menentang Wahabi dan Syiah sebenarnya.Bukan menentang sesama agamadisebabkan minat terlampau..Walaupun ada je kutukan yang betul,tapi anda ego.Terlalu ego.

Berapa banyak kali anda bermasam muka dengan rakan anda kerana tidak sama fahaman mengenai kumpulan Kpop ini?
Saya pernah mengalami perkara ini,rakan baik saya meninggalkan saya kerana saya curang dengan kumpulan kegemaran saya sejak lima tahun dahulu.Langsung tidak bertegur sapa sekarang.Dahulu,siapa tak bengang kan.Sekarang saya nampak hikmahnya.Terima kasih banyak-banyak unnie!
Dan saya rasa benda ni benda paling tidak masuk akal saya pernah alami selama saya hidup sembilan belas tahun dalam dunia ni,hanya kerana perbezaan fahaman mengenai kumpulan kegemaran terputus silaturrahim yang dibina.

Anda sedang menonton variety show kegemaran anda di Youtube,lama punya buffer akhirnya siap juga.Okay kalau tak buffer pun..Anda baru dapat hard disk yang baru diisi dengan episode show Korea atau episode dari drama terbaru.Tiba-tiba azan berkumandang.

Mana yang anda kejar dulu?Show yang dah bersedia nak tengok ni ke solat dulu?Tepuk dada tanya iman.Alah,solat ni lama lagi waktunya.Watlek watpeace ah dulu.Ni karang crash pulak page ni.Penat aku buffer.

Oh mak.Orang dah mengaji tunggu azan untuk waktu solat seterusnya.Jom pecut ambil wuduk.Oh oh itu kalau buat kan..ke tinggal je?

Konsert?Saya pernah ke situ,bukan sekali tetapi lebih.Simpan duit bagai nak gila.Tiket bukan seposen woi.Menjerit memanggil nama bias.Cis,ada lelaki Cina kat sebelah tu.Sama naik je bersorak.Azan berkumandang di luar.Berapa ramai yang mampu bangun dari kerusi atau melangkah keluar dari stadium untuk bersolat terlebih dahulu?Atau.. “Alaa solat boleh Qada’..mahal kot aku beli tiket ni.Rugi lah kalau terlepas persembahan yang ini..yang itu..ramai je tak solat dalam ni.Chill ah”Okay.Hayun lightstick lagi laju.Sama je aku dengan lelaki Cina tu rupanya.Yang ada beza aku ada binti dia tak ada je.

Itu cerita dalam stadium.Di luar?
Saya tahu ada yang menipu,tak bagitahu ibu bapa yang mereka ke konsert.

Kalau mati masa tu macam mana?
Think.
Minta bias bacakan talkin ya

Fanmeet.Huyoh!Untung ah dapat high five dengan bias.Bukan senang kot.Lembut tapak tangan dia!

Peluk?Huyohhhh.Dapat peluk bias.Ah katang gila kot dia.Bidang nya dada.Wanginya perfume

Ehem.Sejak bila bias anda datang dari ibu yang sama dengan anda?Nak samak acana tu?Nak mandi air tanah ke?

Cuti.Pukul berapa anda tidur?Kadang-kadang sampai ke pagi ‘Spazz’ dengan rakan anda.Berborak sakan.Semua nak update kan.Nak lagi masa dekat asrama,kolej tak ada internet.Bila balik ni lah masa nak update.Nak jumpa Unnie,Oppa,Dongsaeng tercinta kannn.Bila nak tahajjud?Belum cerita lagi pasal Subuh yang terlajak.Sekali lagi,bukan semua macam ni okay.Kalau bukan anda,buat apa nak sentap kan?

“Alaaaa..Orang yang tak minat Kpop pun tak buat jugak Tahajuud belaka tu..Solat pun tak jugak.Aku minat Kpop pun aku solat apa..Pandai je kau fitnah”

Ehem.Penat dah banyak kali ulang.Saya tujukan kerana saya pernah bersama anda bukan mereka yang mengumpul setem atau kaki clubbing.Mohon ambil perhatian.

Smut?Ehem.Siapa pernah baca atau menulis?Sila angkat tangan?Berapa kali anda menjengah laman web asianfanfic itu?Ce bukak History tuuuu.

Anda mengutuk mereka yang membuka laman web porno tapi sila sedar apa yang anda lakukan.Berapa ramai disini yang pernah membaca ‘smut’?

Bila orang kata Kpop perosak bangsa dan agama kita melenting.Mohon jangan ego.Tak perlu saya jelaskan bagaimana ‘smut’ itu.Anda cukup bijak untuk faham sendiri bagaimana penulisan genre itu,baru nak baligh dah terdedah dengan bacaan yang merosak minda.

“Eleh.Aku baca ‘smut’ pun exam aku Straight A kot.Bukan minat Kpop pun baca porno.Kau ni tak habis-habis nak kenakan aku pahal gila?”

Ohhh tahniah.Keputusan exam memang bawak ke akhirat pun.Straight A tapi aku dah cakap banyak kali sebab aku minat Kpop dulu lah aku bukak cerita pasal Kpop.Cerdik betul.Kalau aku minat Bunkface aku bukak ah cerita pasal Bunkface tu.
Saya bukan Tuhan untuk menghukum tetapi bayangkan membaca atau melihat bacaan seperti itu sesungguhnya amalan tak diterima selama 40 hari.

“Aku baca sikit je lah.”

Eh eh tak akan baca satu chapter je kan?

“Alah.Ini One Shot lah.Satu je la aku baca”

One shot pendek lah.Okay,halakan mouse ke cerita lain.Wah.Dua puluh satu chapter.Okay..Mari follow fic ini,bila author update..bole baca lagi.Ngeee.

Anda teruja terbayangkan bias anda dalam cerita tu..syaitan gembira menari disebelah.

“Pehal kau do?Baca novel boleh pulak?Fanfic tak boleh ah”
Dah.Malas aku nak terang kenapa.

“Minat Kpop boleh improve English lah.”
Oh.Aku tak minat dah Kpop dapat Band 4 MUET.

La..Mungkin minat balik dapat Band 6 agaknya.Alah rugi lah -,-
TAK.Banyak lagi cara nak improve English tu.

Minat Kpop boleh jumpa ramai kawan International.
Yeap.Aku mengaku benda yang satu tu.

Hilang minat?Hilanglah kawan.Bukan kawan namanya tu.
Siapa sini ship bias dia yang sama jantina?Oh oh.Gay katanya.Eh eh silap pulak.Bromance..Gay pun boleh lah.Ada je yang mengaku kan?Yaoi,Yuri.Named it!

Anda nakhoda kepada kapal yang anda bawa.Kapal sejantina.
Tak ubah seperti zaman Jahilliyah tu.Walaupun mereka tu bukan Islam tetapi tak perlu nak memadankan mereka yang sejantina.
“Wei aku minat Kpop aku tak couple do.Rosak pebendanya.Aku duduk rumah je..”
Alahai.Bagusnya anak mak ayah.
Ye lah kan.Ajak keluar rumah pun tak nak mana nak ada pakwe makwe.

“Wei sorry sikit.Aku tunggu orang Korea ni.Oh cair”
Kau couple je lah.Sama je maksiat.Mata,hati,jiwa.Kalau dah menghadap tak ingat waktu serupa je dengan barcouple tu.
“Kejap ah.Download tak siap lagi ni..Makkkkk,jangan tutup Wifi!”
Mak dah tutup.Alahai penat tunggu!Dah la Stimiks,Piwan ni lembab gila mak tutup wifi pulak.
Aloh,dah bermasam muka dengan mak sendiri.
“Sorry lah.Mak belanja Chattime kay” Kata Mak yang dah rasa bersalah.

“Okayyyy mak.Bias kiteww suka bubble tea lah!”
Kihkih.Nampak sangat dah terlebih brainwash.
Saya mohon.Kawal diri anda sebelum jauh tersasar.
Saya faham,mereka bekerja keras.Takkan nak tinggalkan mereka macam tu je.Kesian lah mereka.Dah penat practice bertahun,berbelas tahun nak bagi yang terbaik buat kita.Nak kejar cita-cita dia.Setakat post gila kau ni nak ubah minat orang ke?Kirim salam lah.
Saya tahu.Saya faham.
Tapi cita-cita nak ke Syurga kau tak nak fikir?
Biarlah kawan bukan Islam kita yang menyokong beriya.
Saya tak maksudkan tak minat Kpop boleh masuk Syurga,tapi sekurangnya kurang satu obsesi dalam diri selain obsesi kepada Pencipta.

“Dah kau obses kat ulama boleh pulak?”
Ulama pewaris nabi dek non.Jangan nak banding dengan bintang anda.

Ada kajian kata peminat Kpop ni bila bercinta setia..

Bagusnya!Setia.Ingat senang nak cari yang setia?

Bagusnya kalau boleh pratik dalam cara Islam ni kan?
Tapi tapi tapi..
Kalau cinta anda melebihi cinta kepada yang Hak,murahnya cinta anda.Fikir lah cinta kepada mereka atau Dia?
Tahap kesetiaan anda tak mungkin ditanya dikubur kelak.Tak akan malaikat bertanya berapa lama anda meminati kumpulan ini dan itu..

Kalau malaikat bertanya apa yang anda buat dalam hidup anda?
“Saya stan kumpulan ni..Lama oh.Setiaaaa.Dari kecik sampai besar”

“Berapa banyak ayat Quran awak hafal?” Malaikat tanya lagi.
“Tak ada Qurannya.Saya hafal lagu je..Bukak Quran pun masa hafazan dekat sekolah.Oh bulan puasa ada lah sikit.Lepas berbuka saya online Twitter,kot bias saya update twitter masa tu”
Haaa.Berani?

“Sepertiga malam awak buat apa?”
“Buffer show.Running Man..tengok Weekly Idol.Tengah pagi internet laju lah”

“Dah tu Tahajjudnya bila?” Malaikat tanya lagi.
“Tahajjud saya buat siang hari..dalam mimpi..ye lah.Malam saya tak tidur.Nak tahajjud acana?”
Ek eh.Kau pulak tanya malaikat balik.
Boleh ke jawab dan tanya macam tu?Ada berani?
Wei sakit kot kena libas.Ingat libas dengan malaikat tu macam kena libas dengan rotan pengetua ke?
Ubahlah.Kita boleh.

Perit.Saya tahu.Nak tinggalkan benda apa yang kita suka.
Bila ditegur melenting.Asyik Kpoppers je yang kena.Tapi semua ada sebab lah..Jangan ego,jangan sombong.Setiap apa yang orang kata tu ambil jadi nasihat.
“Maka tatkala mereka bersikap sombong terhadap apa yang mereka dilarang mengerjakannya, Kami katakan kepadanya: "Jadilah kamu kera yang hina”
Al A’Raaf : 166

Nak ke jadi kera?

Kadang-kadang kita kena tinggalkan apa yang kita sayang.Kpop is not your life.Islam is the way of life.Saya faham.Ada diantara kita yang dah jadi darah daging,sama seperti saya.Lima tahun.Cukup lama.
That bitter feeling bila saya kena buang beribu gambar dan lagu ke dalam Trash.
Saya bukan ustazah mahupun penceramah.
Bukan senang nak jadi konservatif daripada fikiran yang terlalu memuja.

“Eh kau ni buat hal sendiri dah lah.Dah tak minat Kpop tu senyap ahh,pergi layan Opick sana.Menyemak sini buat apa..”
Maaf.Fahaman kita sekarang mungkin dah berbeza.Fitrah Islam masih sama.Anda,saya,semua masih dicipta dari Allah yang sama.
Hal anda,hal saya juga.Rosak agama anda,rosak agama saya juga.
Panas Malaysia kerana dosa,yang merasa panas pun saya juga.
Kalau tak puas hati,edit post ini dan tuju kepada orang lain juga.
Malas dah nak ulang sejuta kali kenapa saya cakap pasal Kpop bukannya peminat Aiskrim Pop mahupun Paddlepop mahupun peminat Fourteen mahupun Max 24:7 mahupun Paramore.
Saya yakin,kebanyakan umat Islam mengalami masalah ini sebenarnya.Tidak perlu menspesifik kearah sekumpulan peminat pun.

Semua sama.Asalkan namanya manusia
Dunia.Siapa je yang sempurna hal agama?
Saya tahu.Saya pun tak sempurna untuk menegur.Sekadar nak berkongsi,saya pun tak Istiqamah tapi sekurangnya saya sebagai umat Islam,tanggungjawab saya untuk menegur kepincangan ummah sekarang ni.Leka.

Tanya diri kenapa kita gilakan mereka?
Kerana rupa?Nah,jelas sekali kita tidak menjaga mata.
Kerana irama dan tariannya?Nah,jelas sekali kita terdedah dengan kealpaan yang nyata.
Kerana perangai mereka yang gila-gila dan mampu menghiburkan anda? Ya.Anda di zon bahaya.Terlalu bahagia didunia bimbang menangis disana pula.
Dah tu nak dengar nasyid je ke?Bosan lah.
Check hati anda.Kenapa bosan dengan benda yang mengingatkan kita kepada Tuhan?
Dah tu?Tak boleh dengar langsung la ni?
Bukan tak boleh langsung.Boleh..tetapi kawal.Semua benda perlu dikawal dan bukannya mengawal.
Tidak perlu drastik,tapi sekurangnya mencuba.
A'RAAF 166
Hesy,buang masa betul baca benda ni.
Maaf saya membuang masa anda.Saya hanya mendoakan yang terbaik buat anda dan diri saya sendiri..

"There comes a time when you have to let go of those who are pulling you away from Allah." - AbdulBary Yahya
Berapa titik air mata jatuh kerana Allah?Berapa kali runsing memikirkan dosa?
Berapa titik air mata jatuh kerana bias datang Malaysia?Tak dapat pergi pula..
Berapa kali runsing memikirkan macam mana nak pujuk mummy daddy bagi kebenaran nak beli album artis Korea mahupun official stuffs mereka?

“Cakap je lebat minah ni”
Maaf.Sekurangnya saya mencuba.
Anda yang sudah mula menapak untuk keluar itu,teruskan.
Moga tidak dibutakan dengan dunia.
Biar sentap disini daripada sentap ketika menghadap Allah
Peringatan untuk saya juga.Maaf kalau tak suka duhai anda yang gah memegang takhta Kpoppers..

Dan juga untuk semua yang telah berjanji untuk mempertuhankan Dia ketika roh ditiupkan.

Post ini tidak adil kerana hanya menunding jari kepada Kpoppers?Sila baca sekali lagi.Mari tunding jari kearah orang lain pula sehingga puas hati.

Saya pernah menjadi Kpoppers..dan peminat tegar muzik J-Rock yang mebingitkan telinga tetapi saya bukan hater hingga kini.

"And the life of this world is nothing but play and amusement."
Al-An’am : 32
Tahniah kerana membaca sehingga akhirnya.
Wallahualam.

------
Bekas pencinta tegar Kpop.
Sekarang dan selamanya pencinta Pencipta.
In shaa Allah. 


*copy from facebook

Tuesday, 11 June 2013

LC9 - MaMa Beat

Sebuah lagi grup kpop membuat debut pada 5 May lepas. Mereka dikenali sebagai LC9 yg bermaksud " League of Competition. Lagu <MaMa Beat> juga amat menarik didengar. Jom berkenalan dengan members LC9. ^_^s
M
LC9 Rasa
Stage Name: Rasa

Birth Name: Park Gunwoo
Birth Date: Anyang, Gyeonggi-do, August 9 1989
Height: 177 cm
Weight: 70 kg
Blood Type: B
Specialties: Playing Keyboard
Education:
- 2008 Gwacheon High School
- 2011 Digital Seoul Culture Arts Universty (SCAU)
Position: Main Vocal, Leader
Twitter: @LC9_RASA

LC9 Eden
Stage Name: E.Den

Birth Name: Park Hyungjin
Birth Date: Canada, March 4 1991
Height: 182 cm
Weight: 70 kg
Blood Type: O
Position: Main Rapper, Dancer
Twitter: LC9_EDEN
Fact: Has been featured in Brown Eyed Girls’ “One Summer Night” music video


LC9 J-Hyo
Stage Name: J-HYO
Birth Name: Kim Jonghyo
Birth Date: Busan, June 5 1992
Height: 175 cm
Weight: 64 kg
Blood Type: AB
Position: Lead Vocal, Rapper
Specialties: Guitar
Twitter: LC9_JHYO
Graduated:  Seoul Performing Arts High School
Facts: -Has strong vocal character and really great english skills
-Made a brief cameo in Miryo‘s “Dirty” MV.

LC9 King
Stage Name: King

Birth Name: Dong Woosuk
Birth Date: Jeonju, April 3 1993
Height: 178 cm
Weight: 68 kg
Blood Type: A
Speciality: Singing
Position: Main Vocal
Twitter: LC9_KING


LC9 Jun
Stage Name: Jun

Birth Name: Park Junyoung
Birth Date: Busan, February 23 1994
Height: 175.5 cm
Weight: 57 kg
Position: Rapper, Dancer, Visual
Specialties: Playing Games
Twitter: LC9_JUN


LC9 AO
Stage Name: AO
Birth Name: Kang Hyunsoo
Birth Date: June 18 1996
Height: 174.8cm
Weight: 59kg
Blood Type: A
Position: Main Dancer, Rapper, Maknae
Specialties: Dance, Taekwondo
Twitter: LC9_AO




T

Monday, 10 June 2013

CL 2NE1 or G-Dragon BIGBANG ?

Which leader do you like most? CL or G-Dragon. Both of them have their own followers. CL is also known as 'girl version of G-Dragon. Which song do you like the most? THE BADDEST FEMALE or MICHI-GO?

The Baddest Female

Michi-Go

Saturday, 8 June 2013

It's Over

Hari masih lagi pagi tetapi Chun Ji sudah siap berpakaian kemas. Ricky yang baru sahaja bangun dari tidur hairan melihat abangnya.
“Eh, hyung. Hari nie kan hari minggu. Hyung kena kerja ke?” Ricky bertanya kepada Chun Ji.
“Hyung nak pergi jumpa Lee Hi. Hari minggu je dapat jumpa. Maklumlah kan, busy memanjang,” balas Chun Ji.
“Oh, nak berdating ke. Hehehe, kalau macam tue tak apa la. Selamat berdating.” Balas Ricky sambil tersenyum.
Ricky sememangnya tahu Chun Ji kini berpacaran dengan Lee Hi. Tambahan pula, Lee Hi adalah rakan baiknya malah dia jugalah yang memperkenalkan Lee Hi kepada abangnya.

“Awak... penatlah. Dari tadi asyik jalan je,” rungut Lee Hi.
“Okey... kalau macam tue, kita duduk di kerusi sana tue,” ujar Chun Ji selepas melihat terdapat kerusi kosong di hujung sana.
“Awak... saya teringin nak makan aiskrim la. Awak tolong belikan, boleh?”
“Baik, awak tunggu sini kejap, ye.” Chun Ji segera pergi ke kedai berhampiran.
Tak sampai sepuluh minit, Chun Ji sudah datang bersama dua kon aiskrim. Satu perisa vanilla dan satu lagi perisa coklat. Chun Ji menyerahkan ais krim perisa vanilla kepada Lee Hi. Dia sememangnya tahu Lee Hi suka akan vanilla manakala dia pula suka akan coklat. Lee Hi mengambil aiskrim itu. Mulutnya comot ketika makan aiskrim itu.
“Awak nie macam budak-budak la. Makan aiskrim pun sampai comot.” Lalu Chun Ji pun mengeluarkan sapu tangan dari poketnya dan dilapkan pada bibir Lee Hi. Lee Hi terkaku tetapi hanya membiarkan tindakan Chun Ji itu. Pandangan mereka bertemu.
“Ewah-ewah... boleh pulak buat drama Korea kat sini.” Tiba-tiba sahaja Ji Eun datang menyibuk.
“Apa yang awak mahu lagi, Ji Eun. Kan saya dah cakap yang saya tak mahu jumpa awak lagi,” marah Chun Ji. Ji Eun sebenarnya merupakan bekas kekasih Chun Ji. Hubungan mereka terputus kerana Ji Eun sendiri yang memutuskan hubungan tersebut. Sekarang, dia muncul semula untuk menagih cinta daripada Chun Ji.
“Chun Ji, saya sebenarnya masih sayangkan awak. Saya mahu awak kembali di sisi saya.” Ji Eun merayu kepada Chun Ji.
“Sejak awak tinggalkan saya, saya memang dah tawar hati dan tak ada perasaan lagi dekat awak. Saya harap awak pergi dari sini.”
“Atau pun sebab perempuan nie, awak nak tinggalkan saya. Hey budak hingusan! Kau fikir kau dapat miliki Chun Ji hah?” Tiba-tiba sahaja Ji Eun naik angin dan menghalakan jari telunjuknya ke arah Lee Hi yang dari tadi hanya mendiamkan diri.
“Awak jangan nak libatkan Lee Hi pulak dalam hal nie. Awak yang tinggalkan saya dulu dan sekarang saya nak awak berambus dari sini,” tegas Chun Ji berkata kepada Ji Eun.
“Oh, jadi nama kau Lee Hi lah.” Ji Eun menoleh ke arah Lee Hi. “Kalau aku tak dapat Chun Ji, jangan mimpi kau juga boleh dapat Chun Ji.” Ji Eun memberi amaran kepada Lee Hi. Kemudian, dia beredar meninggalkan mereka berdua tanpa menoleh lagi.

Ji Eun berdiri di seberang jalan raya menghadap ke rumah Lee Hi. Berhari-hari dia mengintip pergerakan Lee Hi. Dia berhajat hendak membunuh Lee Hi. Sebilah pisau yang dibalut surat khabar lama disisipkan di bahagian belakang.
“Kau tak akan dapat goda Chun Ji lagi apabila kau mati.” Tegas Ji Eun berdendam. Setelah mendapati laluannya selamat daripada pandangan orang lain, Ji Eun pun berlari laju menuju ke rumah Lee Hi. Dia mengetuk pintu rumah beberapa kali setelah sampai di pintu rumah Lee Hi.
Perhatian Lee Hi terhadap rancangan di kaca televisyen terganggu. Dia terdengar bunyi ketukan pintu. Dia teringat petang tadi Chun Ji memberitahu ingin makan malam di rumahnya bersama Ricky. Tanpa perasaan curiga, dia pun bergegas membuka pintu.
Alangkah terperanjatnya Lee Hi apabila mendapati bukan Chun Ji dan Ricky yang datang tetapi sebaliknya Ji Eun yang datang. Bagaimanapun, Lee Hi tetap memaniskan mukanya dan menyembunyikan perasaan terkejut di wajahnya.
“Ada apa hal unnie tiba-tiba datang ke rumah saya nie?” Lee Hi tetap menghormati Ji Eun yang lebih tua daripadanya.
“Aku nak... aku nak kau mati!” Ji Eun lekas mengeluarkan pisau dari belakangnya.
Lee Hi tergamam. Teragak-agak mencari akal. Muka Ji Eun berubah bengis. Dia menyerang Lee Hi. Lee Hi menjerit dan melarikan diri naik ke tingkat atas. Ji Eun terus mengejar.
Lee Hi lekas menutup pintu bilik. Dia menyandar menahan pintu yang tidak berkunci. Tangisannya lebat. Dia menggeletar ketakutan. Lee Hi terkejut dan menjerit nyaring apabila pintu ditumbuk dan ditendang dari luar. Dia menahan sekuat tenaga. Ji Eun menjerit-jerit. Perempuan itu diserang histeria. Kegilaannya menjadi-jadi.
Kudratnya terbatas. Lee Hi tersungkur ke lantai. Pintu tertolak ke dalam. Ji Eun muncul berwajah bengis. Lee Hi merangkak mencari jalan keluar namun tidak sempat apabila rambutnya direntap kasar. Ji Eun memaksa perempuan itu berdiri lalu menamparnya berulang kali. Mulut Lee Hi berdarah. Dia ditolak kasar sehingga rebah lagi.
“Kau tak akan dapat memiliki Chun Ji. Aku akan pastikan kau mati!” pekik Ji Eun. Dia sudah tidak siuman.
“Tolong jangan bunuh aku.” Dalam takut, Lee Hi tetap mempertahankan diri.
Ji Eun makin naik gila. Dia menyerang Lee Hi. Masa inilah Ricky muncul menghentak bahagian kepala Ji Eun menggunakan sebatang penyapu yang terdapat di sebalik pintu. Dia masih waras untuk tidak membunuh Ji Eun. Pukulan kuat membuatkan Ji Eun jatuh tertiarap di atas lantai. Pisau di tangannya terlepas.
“Ricky!” Lee Hi menerpa ke arah Ricky. Memeluk Ricky erat-erat. Tangisan Lee Hi seolah-olah tidak mahu berhenti.
“Mari kita keluar.” Ricky membawa Lee Hi keluar dari bilik.
“Arghhh!” Suara tempikan Ji Eun bergema.
Ricky dan Lee Hi terkejut. Belum pun sempat berpaling, Ji Eun terlebih dahulu menerpa ke arah mereka dengan pisau terhunus di tangan. Kerana terkaman yang kuat, mereka bertiga rebah dan berguling-guling di tangga. Kepala Lee Hi terhantuk kuat. Mereka jatuh bergelimpangan di lantai.
Ji Eun pantas berdiri dan menyerang Ricky bertubi-tubi. Tumbukannya bertali arus. Keupayaan Ricky diragut. Terlantar lemah tidak mampu berbuat apa-apa.
“Mana pisau? Mana pisau?” Ji Eun tertoleh-toleh dengan sepasang mata yang kelihatan kejam merauti mukanya yang membengis. Ji Eun terlihat pisau di antara anak-anak tangga. Dia melangkah tapi terhenti apabila Ricky sempat memaut kakinya. Ji Eun naik berang lagi. Ricky ditendang-tendang tanpa rasa kasihan.
Pada saat Ji Eun mengangkat pisau untuk mengelar leher Lee Hi yang ketika itu tidak sedarkan diri, tiba-tiba pergelangan tangannya dicengkam. Dia menoleh dan terpandang Chun Ji. Cengkaman tangan Chun Ji membuatkan lengannya mula terasa kebas. Pisau di tangannya terlepas.
“Arghhh...” Ji Eun terjerit bila tangannya dikilas ke belakang. Dengan kuat, Ji Eun ditolak hingga tersungkur. Manakala Ricky lekas-lekas lari keluar dari rumah untuk meminta bantuan polis.

Sejak kejadian malam tersebut, Lee Hi menjadi trauma. Dia sentiasa berada dalam ketakutan. Sentiasa di sisi Chun Ji seolah-olah hanya Chun Ji yang dapat melindunginya daripada sebarang ancaman bahaya.
Chun Ji agak terkejut sebaik sahaja membuka pintu pejabatnya. Dilihatnya Lee Hi sedang duduk di atas sofa dalam pejabatnya. Lee Hi kelihatan resah menunggu Chun Ji. Dia segera masuk dan duduk di sebelah Lee Hi.
“Kenapa awak datang ke pejabat saya nie?”
“Saya takut, Chun Ji. Saya takut kalau Ji Eun akan cuba untuk bunuh saya.”
“Tak ada apa yang perlu ditakutkan. Ji Eun kan sudah ditangkap polis malam tue. Dia akan dibicarakan atas tuduhan cubaan membunuh.” Chun Ji cuba menenangkan Lee Hi.
Chun Ji tersentak apabila pintu pejabat dibuka mendadak. Seorang staf pejabat muncul.
“Chun Ji?” Staf pejabat itu agak terkejut sedikit. Chun Ji tidak menunjukkan sebarang reaksi tapi pandangan matanya segera dialihkan pada Lee Hi. Staf itu melihat ke arah yang sama. Sejurus, menoleh semula pada Chun Ji.
“Maafkan saya,” kata staf itu.
“Jangan ganggu saya lagi!” tegas Chun Ji.
“Baik. Saya akan tampal nota di luar pintu.” Staf itu akur pada perintah.
“Terima kasih,” kata Chun Ji tanpa berlembut. Staf pejabat itu mengangguk dan menoleh lagi ke arah Lee Hi. Sejurus, berlalu pergi.

Chun Ji membawa Lee Hi ke taman rekreasi. Tempat mereka selalu berdating dahulu. Semasa di dalam kereta, Chun Ji hanya mendiamkan diri manakala Lee Hi pula asyik menangis. Lama-kelamaan, Chun Ji mula hilang sabar dengan karenah Lee Hi.
“Awak nie kenapa? Dari tadi asyik menangis.” Chun Ji berkata tanpa menoleh.
“Awak marahkan saya, Chun Ji?” Lee Hi menoleh ke arah Chun Ji.
Chun Ji memberhentikan kereta sebaik sahaja tiba di kawasan taman itu. Chun Ji menghela nafas panjang.
“Saya rasa kita tak mungkin bersatu. Awak tak mungkin menjadi milik saya,” ujar Chun Ji.
“Awak dah bosan dengan saya dan sekarang awak nak menyingkirkan saya pula,” rungut Lee Hi. Air mata mula bergenang di kelopak matanya.
“Kau yang menjauhi aku, Lee Hi.” Bergetaran juga suara Chun Ji.
“Jadi awak membohongi saya sekarang?” Lee Hi berteriak histeria.
“Tidak... tak! Kau yang tinggalkan aku, Lee Hi. Kau hanya khayalan saja sekarang,” balas Chun Ji tegas.
“Tidak! Tak mungkin!” Lee Hi menekup kedua-dua cuping telinga.
“Kau dah mati. Malam itu kau dah mati, Lee Hi!” Tersangkut-sangkut Chun Ji menuturkan kata-kata. Mata Chun Ji terpejam.
Imbas kembali....
Selepas menolak Ji Eun hingga tersungkur, Chun Ji lekas menerpa ke arah Lee Hi. Memangku perempuan itu. Memanggil-manggil nama perlahan agar Lee Hi lekas sedar. Namun, usahanya tidak menjadi. Pipi digerak-gerakkan. Pun tidak berhasil.
Pantas Chun Ji berasa nadi pergelangan tangan. Tiada denyutan. Urat leher juga tiada tindakan balas. Dia memberikan rawatan kecemasan. Memberi pernafasan dari mulut ke mulut dan menekan-nekan dada mengikut kiraan. Namun, segala-galanya sudah berakhir. Chun Ji terduduk. Lee Hi sudah berakhir nyawanya.


Mata Chun Ji masih terkatup rapat. Cermin tingkap diketuk-ketuk. Chun Ji tersentak. Kelopak matanya terbuka luas. Lee Hi sudah tidak berada di tempatnya tadi. Dalam tergesa-gesa, dia menoleh. Chun Ji terkejut melihat Ricky di luar kereta. Chun Ji segera menurunkan cermin kereta.
“Hyung buat apa kat sini?” Tanya Ricky dengan raut wajah yang berkerut.
“Err... hmm...” Suara Chun Ji tergagap-gagap. “...saja je jalan-jalan kat sini,” lanjut Chun Ji kemudian.
“Hyung cakap dengan siapa tadi?” Ricky tertinjau-tinjau ke dalam kereta.
“Err... tak adalah.” Chun Ji merahsiakan halusinasi yang dialaminya.
“Tadi Ricky tengok hyung bercakap sorang-sorang. Biar betul nie?” Ricky tergelak-gelak sinis. Dia tahu abangnya masih lagi teringatkan Lee Hi.
“Eh, tak ada apalah! Dah, jom balik. Asyik merayap je kerja kau.” Chun Ji sengaja mengelak.
Ricky segera membuka pintu kereta dan melangkah masuk ke dalam kereta. Ricky menekan punat radio. Mencari-cari siaran radio yang menjadi pilihan. Ricky berhenti apabila DJ radio tersebut memutarkan lagu <Rose>. Chun Ji juga tidak membantah kerana mereka tahu lagu tersebut merupakan lagu kegemaran Lee Hi. Kemudian, Chun Ji menekan pedal minyak dan kereta pun meluncur laju meninggalkan kawasan taman itu. Seolah-olah cuba untuk meninggalkan memori yang pernah berlaku di situ.
TAMAT

WATAK-WATAK
Chun Ji (Teen Top) sebagai Chun Ji
Lee Hi sebagai Lee Hi
Ricky (Teen Top) sebagai Ricky

Ji Eun (SECRET) sebagai Ji Eun
# Ini adalah cerita rekaan yg saya hantar kepada majalah epop malay. Epop malay adalah sumber untuk saya mengetahui perkembangan terkini dunia Kpop. Sudahkah anda semua mendapatkan epop malay yg terbaru iaitu bulan Jun 2013? ^_^


Thursday, 6 June 2013

Finally EXO comeback!!!


Setelah menunggu hampir lebih setahun, akhirnya EXO telah merilis album XOXO. Sememangnya EXO tak pernah mengecewakan saya dengan comeback terbaru ini ^_^

Album XOXO menampilkan lagu <Wolf> sebagai lagu tema. Lagu <Wolf> ini memang lain sikit daripada lagu yang sebelum ini. Pemotretan untuk album ini juga amat menarik tetapi foto tersebut agak 'hot' dan 'daring' sedikit. Saya tak tahu macam mana tanggapan orang kalau melihat gambar tersebut. Ahli-ahli nampak 'seductive' dan 'naughty'. 

Tapi! Jangan buat andaian yang bukan-bukan pula, sebab ini adalah foto yang telah diedit oleh pihak yang tak bertanggungjawab kononnya ini adalah foto teaser untuk lagu <Wolf>. Ini boleh menjatuhkan reputasi EXO kononnya mereka adalah 'songsang'. Pihak SM Entertainment tak pernah pun keluarkan foto teaser seperti ini.

Walau apa pun, saya akan tetap sokong EXO dan menjadi seorang 'EXOTIC'.


Romanized:

(with individual parts)
[Chanyeol] Chogiwa danbeone neukkyeo
Neol hanibe chijeucheoreom jibeoneoheulteda
[Kris] Hyanggimatgo saekkkal eummihago
Wainboda uahage jabameogeulteda
[Kai] A geureonde baltobe himi ppajyeo immatkkaji
Eh, eobseojyeo
Hoksi naega apeungeolkka byeongirado geollingeoni
[Baekhyun] keunillatdae
[Sehun] Jeongsincharyeo eojjeoda inganege mameul
ppaetgyeobeoryeonna
[Baekhyun] Geunyeoneun hanipgeori ppunirago
[All] Hey, hwak mureo
Geu daeum mangmak heundeureo jeongsinirke
Hey, [Chanyeol] Ja, anhaebon seutaillo
Jeo keun boreumdari jigijeone haechiwora
[All] Geurae wolf naega wolf auuu-
A saranghaeyo
[Luhan] Nan neukdaego neon minyeo
[All] Geurae wolf naega wolf auuu-
A saranghaeyo
[Kai] Nan neukdaego neon minyeo
[Luhan] Geobuhalsu eobsi gangnyeolhan
I neukkime ppajyeobeoryeo nareul nwasseo
[Baekhyun] Nan dansunhage joha
Nae soge sumeoitdeon geosi jigeum nuntteosseo~
(Iya~) [Suho] Geunyeol jombwa gongpoe ppajyeo
[Suho/Baekhyun] Nunapui situation [Suho] ihae motaemotae
[D.O] Jeo deoreoun neukdaenomi gyeolguk nal jabameokgetji
[Lay] Geuge aninde sarange ppajin geomnida
[Xiumin] Neomu areumdawo areumdawo areumdawo (Wolf)
[Xiumin & Lay] Geudae nae nima nae nima nae nima (Wolf)
[Xiumin, Lay & Tao] Nareul duryeowo duryeowo duryeowo ma
[All] Naneun teukbyeolhan teukbyeolhan teukbyeolhan (Wolf)
Geudael saranghaneun saranghaneun saranghaneun (Wolf)
Nege nuni meon nuni meon nuni meon (Wolf)
[All] Hey, hwak mureo
Geu daeum mangmak heundeureo jeongsinirke
Hey, [Xiumin] Ja, anhaebon seutaillo
Jeokeunboreumdari jigijeone haechiwora
[All] Geurae wolf naega wolf auuu-
A saranghaeyo
[Tao] Nan neukdaego neon minyeo
[All] Geurae wolf naega wolf auuu-
A saranghaeyo
[Xiumin] Nan neukdaego neon minyeo
[Kai] Neol motkkeunkesseo keunillasseo ([D.O] Ooo~)
[Kris] Neol motkkeunkesseo keunillasseo ([Baekhyun] Yeahh~ Yeah!)
[Suho] Jeo norandari nareul nollyeo
Neoreul gajilsu eopdago
[Chanyeol] Naneun geunyang geochin yasuinde
[D.O] Geuttan malhalgeomyeon kkeojyeo
Pillyohadamyeon nal bakkwo
[Chen] Geunyeol jeolttae bonaelsuga eobseo~~
[D.O] Geobuhalsu eobsi gangnyeolhan
I neukkime ppajyeobeoryeo nareul nwasseo
[Baekhyun] Nan dansunhange joha
Nae soge sumeoitdeon geosi jigeum nuntteosseo
[D.O] Geobuhalsu eobsi gangnyeolhan
I neukkime ppajyeobeoryeo nareul nwasseo
[Chen] Nan dansunhange joha
[Chen & Baekhyun] Nae soge sumeoisseotdeon geosi jigeum nuntteosseo
(Hey hwak mureo geu daeum mangmak heundeureo jeongsinirke
Hey, anhaebon seutaillo)
[All] Geurae wolf naega wolf auuu-
A saranghaeyo
[Kris] Nan neukdaego neon minyeo
[All] Geurae wolf naega wolf auuu-
A saranghaeyo
[Kai] Nan neukdaego neon minyeo

English Translation:

I feel the sensation; I feel it at once.
I’ll take you in one mouthful like cheese.
I take in [your] scent, scrutinize [your] color
I’ll eat you up with more refine than [drinking] wine.
Ah, but the strength in my toenail weakens, so my appetite yeah is gone.
Maybe I’m sick. Have I fallen ill?
Yeah I’m in trouble.
Get a grip. How’d you get your heart stolen by a human?
It’s [the human] only a one-bite meal.
Hey bite tight and then shake, shake ‘til you lose your mind.
Hey do it in a style you’ve never tried.
Before the big full moon comes out, do away with it.
That’s right wolf. I’m a wolf. Awhooo~
Ah I love you~
I’m a wolf and you’re a beauty.
That’s right wolf. I’m a wolf. Awhooo~
Ah I love you~
I’m a wolf and you’re a beauty.
I’ve fallen for this irresistible, powerful feeling and I’ve let go [of myself].
I like simplicity
The hidden thing within me has opened its eyes now.
Eeyahh~ Look at that girl fall into terror
Can’t, can’t understand the situation before her eyes.
‘That dirty wolf guy will end up eating me.’
But that’s not it. I’ve fallen in love [with you].
I’m already a pro. A goddess like you.
The one who’s stolen my entire heart
I am only a healthy offering/sacrifice.
I’m already a fool. A goddess like you.
The owner who’s to pull out all of my teeth
I am only a faithful slave.
Hey bite tight and then shake shake ‘til you lose your mind.
Hey do it in a style you’ve never tried.
Before the big full moon comes out, do away with it.
That’s right wolf. I’m a wolf. Awhooo~
Ah I love you~
I’m a wolf and you’re a beauty.
That’s right wolf. I’m a wolf. Awhooo~
Ah I love you~
I’m a wolf and you’re a beauty.
I can’t get enough of you. I’m in trouble.
Ooh ooh ooh ooh ooh ooh ooh ooh
I can’t get enough of you. I’m in trouble.
Ooh ooh ooh ooh ooh ooh ooh ooh
That yellow moon teases me, that I can’t have you.
‘But you’re only a rough beast.’
If you’re going to say that kind of thing, get lost. If you need [me], change me.
I can never let her go.
I’ve fallen for this irresistible, powerful feeling and I’ve let go [of myself].
I like simplicity
The hidden thing within me has opened its eyes now.
I’ve fallen for this irresistible, powerful feeling and I’ve let go [of myself].
I like simplicity
The hidden thing within me has opened its eyes now.
That’s right wolf. I’m a wolf. Awhooo~
Ah I love you~
I’m a wolf and you’re a beauty.
That’s right wolf. I’m a wolf. Awhooo~
Ah I love you~
I’m a wolf and you’re a beauty.