Hari masih
lagi pagi tetapi Chun Ji sudah siap berpakaian kemas. Ricky yang baru sahaja
bangun dari tidur hairan melihat abangnya.
“Eh, hyung.
Hari nie kan hari minggu. Hyung kena kerja ke?” Ricky bertanya kepada Chun Ji.
“Hyung nak
pergi jumpa Lee Hi. Hari minggu je dapat jumpa. Maklumlah kan, busy memanjang,”
balas Chun Ji.
“Oh, nak
berdating ke. Hehehe, kalau macam tue tak apa la. Selamat berdating.” Balas
Ricky sambil tersenyum.
Ricky
sememangnya tahu Chun Ji kini berpacaran dengan Lee Hi. Tambahan pula, Lee Hi
adalah rakan baiknya malah dia jugalah yang memperkenalkan Lee Hi kepada
abangnya.
“Awak...
penatlah. Dari tadi asyik jalan je,” rungut Lee Hi.
“Okey...
kalau macam tue, kita duduk di kerusi sana tue,” ujar Chun Ji selepas melihat
terdapat kerusi kosong di hujung sana.
“Awak...
saya teringin nak makan aiskrim la. Awak tolong belikan, boleh?”
“Baik, awak
tunggu sini kejap, ye.” Chun Ji segera pergi ke kedai berhampiran.
Tak sampai
sepuluh minit, Chun Ji sudah datang bersama dua kon aiskrim. Satu perisa
vanilla dan satu lagi perisa coklat. Chun Ji menyerahkan ais krim perisa
vanilla kepada Lee Hi. Dia sememangnya tahu Lee Hi suka akan vanilla manakala
dia pula suka akan coklat. Lee Hi mengambil aiskrim itu. Mulutnya comot ketika
makan aiskrim itu.
“Awak nie
macam budak-budak la. Makan aiskrim pun sampai comot.” Lalu Chun Ji pun
mengeluarkan sapu tangan dari poketnya dan dilapkan pada bibir Lee Hi. Lee Hi
terkaku tetapi hanya membiarkan tindakan Chun Ji itu. Pandangan mereka bertemu.
“Ewah-ewah...
boleh pulak buat drama Korea kat sini.” Tiba-tiba sahaja Ji Eun datang
menyibuk.
“Apa yang
awak mahu lagi, Ji Eun. Kan saya dah cakap yang saya tak mahu jumpa awak lagi,”
marah Chun Ji. Ji Eun sebenarnya merupakan bekas kekasih Chun Ji. Hubungan mereka
terputus kerana Ji Eun sendiri yang memutuskan hubungan tersebut. Sekarang, dia
muncul semula untuk menagih cinta daripada Chun Ji.
“Chun Ji,
saya sebenarnya masih sayangkan awak. Saya mahu awak kembali di sisi saya.” Ji
Eun merayu kepada Chun Ji.
“Sejak awak
tinggalkan saya, saya memang dah tawar hati dan tak ada perasaan lagi dekat
awak. Saya harap awak pergi dari sini.”
“Atau pun
sebab perempuan nie, awak nak tinggalkan saya. Hey budak hingusan! Kau fikir
kau dapat miliki Chun Ji hah?” Tiba-tiba sahaja Ji Eun naik angin dan
menghalakan jari telunjuknya ke arah Lee Hi yang dari tadi hanya mendiamkan
diri.
“Awak jangan
nak libatkan Lee Hi pulak dalam hal nie. Awak yang tinggalkan saya dulu dan
sekarang saya nak awak berambus dari sini,” tegas Chun Ji berkata kepada Ji
Eun.
“Oh, jadi
nama kau Lee Hi lah.” Ji Eun menoleh ke arah Lee Hi. “Kalau aku tak dapat Chun
Ji, jangan mimpi kau juga boleh dapat Chun Ji.” Ji Eun memberi amaran kepada
Lee Hi. Kemudian, dia beredar meninggalkan mereka berdua tanpa menoleh lagi.
Ji Eun
berdiri di seberang jalan raya menghadap ke rumah Lee Hi. Berhari-hari dia
mengintip pergerakan Lee Hi. Dia berhajat hendak membunuh Lee Hi. Sebilah pisau
yang dibalut surat khabar lama disisipkan di bahagian belakang.
“Kau tak
akan dapat goda Chun Ji lagi apabila kau mati.” Tegas Ji Eun berdendam. Setelah
mendapati laluannya selamat daripada pandangan orang lain, Ji Eun pun berlari
laju menuju ke rumah Lee Hi. Dia mengetuk pintu rumah beberapa kali setelah
sampai di pintu rumah Lee Hi.
Perhatian
Lee Hi terhadap rancangan di kaca televisyen terganggu. Dia terdengar bunyi
ketukan pintu. Dia teringat petang tadi Chun Ji memberitahu ingin makan malam
di rumahnya bersama Ricky. Tanpa perasaan curiga, dia pun bergegas membuka
pintu.
Alangkah
terperanjatnya Lee Hi apabila mendapati bukan Chun Ji dan Ricky yang datang
tetapi sebaliknya Ji Eun yang datang. Bagaimanapun, Lee Hi tetap memaniskan
mukanya dan menyembunyikan perasaan terkejut di wajahnya.
“Ada apa hal
unnie tiba-tiba datang ke rumah saya nie?” Lee Hi tetap menghormati Ji Eun yang
lebih tua daripadanya.
“Aku nak...
aku nak kau mati!” Ji Eun lekas mengeluarkan pisau dari belakangnya.
Lee Hi
tergamam. Teragak-agak mencari akal. Muka Ji Eun berubah bengis. Dia menyerang
Lee Hi. Lee Hi menjerit dan melarikan diri naik ke tingkat atas. Ji Eun terus
mengejar.
Lee Hi lekas
menutup pintu bilik. Dia menyandar menahan pintu yang tidak berkunci.
Tangisannya lebat. Dia menggeletar ketakutan. Lee Hi terkejut dan menjerit
nyaring apabila pintu ditumbuk dan ditendang dari luar. Dia menahan sekuat
tenaga. Ji Eun menjerit-jerit. Perempuan itu diserang histeria. Kegilaannya
menjadi-jadi.
Kudratnya
terbatas. Lee Hi tersungkur ke lantai. Pintu tertolak ke dalam. Ji Eun muncul
berwajah bengis. Lee Hi merangkak mencari jalan keluar namun tidak sempat
apabila rambutnya direntap kasar. Ji Eun memaksa perempuan itu berdiri lalu
menamparnya berulang kali. Mulut Lee Hi berdarah. Dia ditolak kasar sehingga
rebah lagi.
“Kau tak
akan dapat memiliki Chun Ji. Aku akan pastikan kau mati!” pekik Ji Eun. Dia
sudah tidak siuman.
“Tolong
jangan bunuh aku.” Dalam takut, Lee Hi tetap mempertahankan diri.
Ji Eun makin
naik gila. Dia menyerang Lee Hi. Masa inilah Ricky muncul menghentak bahagian
kepala Ji Eun menggunakan sebatang penyapu yang terdapat di sebalik pintu. Dia
masih waras untuk tidak membunuh Ji Eun. Pukulan kuat membuatkan Ji Eun jatuh
tertiarap di atas lantai. Pisau di tangannya terlepas.
“Ricky!” Lee
Hi menerpa ke arah Ricky. Memeluk Ricky erat-erat. Tangisan Lee Hi seolah-olah
tidak mahu berhenti.
“Mari kita
keluar.” Ricky membawa Lee Hi keluar dari bilik.
“Arghhh!”
Suara tempikan Ji Eun bergema.
Ricky dan
Lee Hi terkejut. Belum pun sempat berpaling, Ji Eun terlebih dahulu menerpa ke
arah mereka dengan pisau terhunus di tangan. Kerana terkaman yang kuat, mereka
bertiga rebah dan berguling-guling di tangga. Kepala Lee Hi terhantuk kuat.
Mereka jatuh bergelimpangan di lantai.
Ji Eun
pantas berdiri dan menyerang Ricky bertubi-tubi. Tumbukannya bertali arus.
Keupayaan Ricky diragut. Terlantar lemah tidak mampu berbuat apa-apa.
“Mana pisau?
Mana pisau?” Ji Eun tertoleh-toleh dengan sepasang mata yang kelihatan kejam
merauti mukanya yang membengis. Ji Eun terlihat pisau di antara anak-anak
tangga. Dia melangkah tapi terhenti apabila Ricky sempat memaut kakinya. Ji Eun
naik berang lagi. Ricky ditendang-tendang tanpa rasa kasihan.
Pada saat Ji
Eun mengangkat pisau untuk mengelar leher Lee Hi yang ketika itu tidak sedarkan
diri, tiba-tiba pergelangan tangannya dicengkam. Dia menoleh dan terpandang
Chun Ji. Cengkaman tangan Chun Ji membuatkan lengannya mula terasa kebas. Pisau
di tangannya terlepas.
“Arghhh...”
Ji Eun terjerit bila tangannya dikilas ke belakang. Dengan kuat, Ji Eun ditolak
hingga tersungkur. Manakala Ricky lekas-lekas lari keluar dari rumah untuk
meminta bantuan polis.
Sejak
kejadian malam tersebut, Lee Hi menjadi trauma. Dia sentiasa berada dalam
ketakutan. Sentiasa di sisi Chun Ji seolah-olah hanya Chun Ji yang dapat
melindunginya daripada sebarang ancaman bahaya.
Chun Ji agak
terkejut sebaik sahaja membuka pintu pejabatnya. Dilihatnya Lee Hi sedang duduk
di atas sofa dalam pejabatnya. Lee Hi kelihatan resah menunggu Chun Ji. Dia
segera masuk dan duduk di sebelah Lee Hi.
“Kenapa awak
datang ke pejabat saya nie?”
“Saya takut,
Chun Ji. Saya takut kalau Ji Eun akan cuba untuk bunuh saya.”
“Tak ada apa
yang perlu ditakutkan. Ji Eun kan sudah ditangkap polis malam tue. Dia akan
dibicarakan atas tuduhan cubaan membunuh.” Chun Ji cuba menenangkan Lee Hi.
Chun Ji
tersentak apabila pintu pejabat dibuka mendadak. Seorang staf pejabat muncul.
“Chun Ji?”
Staf pejabat itu agak terkejut sedikit. Chun Ji tidak menunjukkan sebarang
reaksi tapi pandangan matanya segera dialihkan pada Lee Hi. Staf itu melihat ke
arah yang sama. Sejurus, menoleh semula pada Chun Ji.
“Maafkan
saya,” kata staf itu.
“Jangan
ganggu saya lagi!” tegas Chun Ji.
“Baik. Saya
akan tampal nota di luar pintu.” Staf itu akur pada perintah.
“Terima
kasih,” kata Chun Ji tanpa berlembut. Staf pejabat itu mengangguk dan menoleh
lagi ke arah Lee Hi. Sejurus, berlalu pergi.
Chun Ji
membawa Lee Hi ke taman rekreasi. Tempat mereka selalu berdating dahulu. Semasa
di dalam kereta, Chun Ji hanya mendiamkan diri manakala Lee Hi pula asyik
menangis. Lama-kelamaan, Chun Ji mula hilang sabar dengan karenah Lee Hi.
“Awak nie
kenapa? Dari tadi asyik menangis.” Chun Ji berkata tanpa menoleh.
“Awak
marahkan saya, Chun Ji?” Lee Hi menoleh ke arah Chun Ji.
Chun Ji
memberhentikan kereta sebaik sahaja tiba di kawasan taman itu. Chun Ji menghela
nafas panjang.
“Saya rasa
kita tak mungkin bersatu. Awak tak mungkin menjadi milik saya,” ujar Chun Ji.
“Awak dah
bosan dengan saya dan sekarang awak nak menyingkirkan saya pula,” rungut Lee
Hi. Air mata mula bergenang di kelopak matanya.
“Kau yang
menjauhi aku, Lee Hi.” Bergetaran juga suara Chun Ji.
“Jadi awak
membohongi saya sekarang?” Lee Hi berteriak histeria.
“Tidak...
tak! Kau yang tinggalkan aku, Lee Hi. Kau hanya khayalan saja sekarang,” balas
Chun Ji tegas.
“Tidak! Tak
mungkin!” Lee Hi menekup kedua-dua cuping telinga.
“Kau dah
mati. Malam itu kau dah mati, Lee Hi!” Tersangkut-sangkut Chun Ji menuturkan
kata-kata. Mata Chun Ji terpejam.
Imbas
kembali....
Selepas
menolak Ji Eun hingga tersungkur, Chun Ji lekas menerpa ke arah Lee Hi. Memangku
perempuan itu. Memanggil-manggil nama perlahan agar Lee Hi lekas sedar. Namun,
usahanya tidak menjadi. Pipi digerak-gerakkan. Pun tidak berhasil.
Pantas Chun
Ji berasa nadi pergelangan tangan. Tiada denyutan. Urat leher juga tiada
tindakan balas. Dia memberikan rawatan kecemasan. Memberi pernafasan dari mulut
ke mulut dan menekan-nekan dada mengikut kiraan. Namun, segala-galanya sudah
berakhir. Chun Ji terduduk. Lee Hi sudah berakhir nyawanya.
Mata Chun Ji
masih terkatup rapat. Cermin tingkap diketuk-ketuk. Chun Ji tersentak. Kelopak
matanya terbuka luas. Lee Hi sudah tidak berada di tempatnya tadi. Dalam
tergesa-gesa, dia menoleh. Chun Ji terkejut melihat Ricky di luar kereta. Chun
Ji segera menurunkan cermin kereta.
“Hyung buat
apa kat sini?” Tanya Ricky dengan raut wajah yang berkerut.
“Err...
hmm...” Suara Chun Ji tergagap-gagap. “...saja je jalan-jalan kat sini,” lanjut
Chun Ji kemudian.
“Hyung cakap
dengan siapa tadi?” Ricky tertinjau-tinjau ke dalam kereta.
“Err... tak
adalah.” Chun Ji merahsiakan halusinasi yang dialaminya.
“Tadi Ricky
tengok hyung bercakap sorang-sorang. Biar betul nie?” Ricky tergelak-gelak
sinis. Dia tahu abangnya masih lagi teringatkan Lee Hi.
“Eh, tak ada
apalah! Dah, jom balik. Asyik merayap je kerja kau.” Chun Ji sengaja mengelak.
Ricky segera
membuka pintu kereta dan melangkah masuk ke dalam kereta. Ricky menekan punat
radio. Mencari-cari siaran radio yang menjadi pilihan. Ricky berhenti apabila
DJ radio tersebut memutarkan lagu <Rose>. Chun Ji juga tidak membantah kerana
mereka tahu lagu tersebut merupakan lagu kegemaran Lee Hi. Kemudian, Chun Ji
menekan pedal minyak dan kereta pun meluncur laju meninggalkan kawasan taman
itu. Seolah-olah cuba untuk meninggalkan memori yang pernah berlaku di situ.
TAMAT
WATAK-WATAK
Chun Ji (Teen Top) sebagai Chun Ji
Lee Hi sebagai Lee Hi
Ricky (Teen Top) sebagai Ricky
Ji Eun (SECRET) sebagai Ji Eun
# Ini adalah cerita rekaan yg saya hantar kepada majalah epop malay. Epop malay adalah sumber untuk saya mengetahui perkembangan terkini dunia Kpop. Sudahkah anda semua mendapatkan epop malay yg terbaru iaitu bulan Jun 2013? ^_^
No comments:
Post a Comment