Friday, 23 August 2013

Fatih Seferagic : Ikon Belia Masa Kini


Fatih Seferagic. Siapakah beliau ini? Beliau bukanlah seorang penyanyi mahupun seorang pelakon. Tapi apakah yang membuatkan beliau begitu dikenali? Sebenarnya Fatih Seferagic adalah seorang Hafiz al-Quran yang begitu dikenali di seluruh dunia. Sebelum ini saya pun tak mengenali siapa Fatih tapi hanya mengenali beliau melalui Facebook. Apa yang membuatkan saya kagum dengan Fatih ialah beliau baru berumur 18 tahun. Jarang anak muda yang berkecimpung dalam bidang menghafaz al-Quran. Kebanyakan lebih suka untuk menjadi penyanyi dan pelakon. Siapa pun tak akan menyangka bahawa beliau baru berumur 18 tahun kerana wajahnya yang nampak matang. Fatih Seferagic sememangnya sesuai untuk dijadikan idola kepada remaja kini.


Ini terdapat sedikit maklumat mengenai Fatih Seferagic yang dapat saya kongsikan bersama. Fatih Seferagic dilahirkan di Jerman pada 1 Mac 1995, tetapi beliau kemudian telah berpindah ke Amerika Syarikat pada umur 4 tahun. Beliau merupakan seorang Hafiz al-Quran di Baltimore.Beliau sekarang menetap di Baltimore dan merupakan  warganegara Bosnia, tetapi lahir di Jerman. Beliau berjaya megkhatam al-Quran dalam tempoh 7 tahun di Islamic Society of Baltimore di bawah seliaan Syeikh Qari Zahid dan Qari Abid. Fatih kemudian berpindah ke Dallas untuk belajar bahasa Arab.

Pada 22 Jun 2013 hingga 29 Jun 2013 yang lalu, Fatih Seferagic telah membuat penampilan sulungnya di Malaysia. Sebagai ikon baharu dalam dunia Islam, kedatangan Fatih ke Malaysia sememangnya dinanti oleh semua orang. Pelbagai aktiviti dan forum telah disusun sepanjang Fatih berada di Malaysia. Fatih Seferagic malah memuji kecantikan negara Malaysia dalam akaun Facebook miliknya. Hal ini membuatkan saya sebagai rakyat Malaysia berasa bangga dan bersyukur tinggal di negara Malaysia. Foto di bawah ini adalah foto yang diambil di Malaysia.


Memiliki raut wajah yang menarik juga membuatkan ramai yang meminati Fatih Seferagic. Ditambah pula dengan ilmu agamanya, membuatkan beliau begitu disegani. Tapi ada perkara yang perlu diketahui, iaitu Fatih Seferagic sudah berkahwin. Nampaknya terlepas lah peluang buat gadis-gadis di luar sana untuk memikat Fatih. Siapa yang tak tertarik melihat perwatakan Fatih, memang menjadi impian para ibu dan bapa untuk bermenantukan lelaki seperti Fatih ini.


Gembiranya Fatih dalam foto di atas. Tak dinafikan, Fatih sememangnya seorang yang kacak. Sememangnya ciptaan Allah itu sungguh indah. Marilah menjadikan Fatih Seferagic sebagai idola khususnya golongan belia daripada memilih artis atau selebriti yang sememangnya ada segelintir yang berperangai buruk dan tak elok untuk dicontohi. Sikap dan perwatakan sememangnya wajar dicontohi golongan belia masa kini.

No comments:

Post a Comment